My Slide Pages

19 Feb 2011

Upgrade My Award & My 1st Outside Club

Alhamdulillah, agak lama tunggu surat dari New Zealand ni, lebih dari 2 bulan dan akhirnya sampai juga. Di mana aku berjaya upgrade IARU Region III daripada Silver ke Gold. Untuk ke Gold ianya memerlukan QSO dengan 20 negara dibawah IARU Region III. Kos upgrade adalah percuma dan mereka hanya bagi stiker untuk ditampal pada sijil yang lepas. Terima kasih bebanyak (TQ) bagi Alan ZL3GX.

Dah lama idamkan menjadi ahli 10-10 International Net ni dan akhirnya menjadi kenyataan. Ianya merupakan suatu persatuan khas yang berasaskan band 10m. Banyak disertai oleh stesen-stesen DX luar daripada Amerika. Persatuan yang berpusat di Amerika ini, meletakkan salah satu dari syarat keahliannya ialah di mana sesebuah stesen yang ingin menjadi ahli perlulah berjaya QSO dengan 10 orang ahli 10-10 di band 10m, dan perlu dapatkan nombor ahli 10-10 mereka semasa QSO. Memang mencabar. Banyak aktiviti 10-10 ni termasuklah biasiswa pengajian di universiti. Antara yang pernah menyertai kelab ini ialah WT3E iaitu Prof Ahmad Faizal M. Zain yang juga 9M2DX.

Rujukan : http://www.iaru-r3.org/r3award.htm & http://www.ten-ten.org/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.