My Slide Pages

21 Apr 2011

Bagaimana saya belajar CW


Alhamdulillah, semalam selamat sampai surat rasmi pengesahan saya lulus bagi exam cw bulan lepas. Rasa macam sekejap masa berlalu. Sejak dari exam bulan lepas, saya agak sibuk dengan urusan di tempat kerja sampai lupa ulangkaji cw. Mengenai cw ini, saya mula mengetahui bentuk kod morse ini selama 2 tahun tetapi mula secara intensif pada 50 hari terakhir sebelum exam. Cw ini bagi saya semua orang boleh mempelajarinya, ianya boleh dimiliki oleh sesiapa pun jika anda rajin dan bersungguh tidak kira apa juga level pendidikan anda serta usia anda. Apa yang boleh saya katakan "Anda adalah guru terbaik untuk diri Anda sendiri". Berikut mungkin saya boleh ceritakan serba sedikit tips dan kaedah yang saya gunakan dalam proses pembelajaran cw.

1. Anda mesti mengenal bentuk cw ini terlebih dahulu dari A-Z, nombor 0-9 serta simbol. Mungkin dengan mendengar menggunakan cd, mp3 atau dengar melalui komputer. Saya sendiri menggunakan phil kawa cd The Rhythm of The Code pemberian rakan 9m2. Ianya saya umpamakan seperti permulaan mempelajari huruf jawi (alif, ba ta ..), hari-hari baca insyallah boleh.
2. Anda perlu mendapat nasihat, pengalaman dan tunjuk ajar daripada rakan-rakan 9m yang berjaya melepasi cw tak kira yang lama atau yang baru. Masing-masing mungkin mempunyai cara dan kaedah tersendiri.
3. Saya menggunakan software cw-player setiap hari dalam pembelajaran mendengar cw. Software ini percuma dan pastikan anda tahu cara menggunakan perisian ini dengan baik. Banyak orang memilikinya tapi tidak tahu menggunakannya dengan baik. Penggunaan bahagian random pada perisian ini penting sebagai latihan tubi.
4. Sediakan buku latihan untuk mencatatkan bunyi kod morse yang anda dengar. Sebaik-baiknya buka latihan matematik 'kotak-kotak kecil'. Sekurang-kurangnya satu helaian dan semaksimum tiga ke empat helaian satu hari.
5. Lakukan latihan penerimaan tiga atau empat huruf/abjad setiap hari, dan apabila anda mahir buat latihan penerimaan tambahkan kepada tiga atau empat huruf/abjad lagi. Kemudian jika anda sudah mahir menerimanya, cantumkan ke semua abjad/huruf berkenaan dan lakukan langkah yang sama sehingga habis abjad dan nombor.
6. Jika anda adalah beginner, mulakan latihan penerimaan anda dengan kelajuan 9-10 wpm dengan spacing 3 dan tingkatkan keupayaan anda sehingga 14-15 wpm dengan spacing 1.
7. Tinggalkan dahulu latihan penghantaran, jika anda sudah mahir menerima kod morse insyallah anda dapat rasakan latihan penghantaran adalah mudah. Saya sendiri lakukan latihan penghantaran kurang dari seminggu sebelum exam.

Apepun tips yang saya berikan mungkin sesuai untuk diri saya sendiri. Mungkin anda mempunyai cara tersendiri dalam pembelajaran kod morse ini. Yang terakhir, tanya pada diri anda akan tujuan anda mempelajari kod morse ini, jika niat yang baik insyallah kesudahan yang baik adalah untuk anda. Jika tanya kepada saya, saya mempelajarikan kerana saya inginkan frekuensi penghantaran yang lebih luas untuk DXing dan untuk pembelajaran lebih mendalam di dunia radio amatur khususnya.

Terakhir saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan 9M2 yang memberi tunjuk ajar dan semangat terutama kepada Pak Rashad 9M2VOT atau tunjuk ajar penggunaan perisian, 9M2AUR atas dorongan dan pinjamkan keyer, 9M2RDX atas memberi semangat untuk mengambil exam ketika saya give-up dengan radio dan juga kepada rakan-rakan 9M2 lain iaitu 9M2DA, 9M2FX, 9M2ARR, 9M2BAL, 9M2ZAK, 9M2ODY, 9M2GET yang secara tidak langsung memberi tunjuk ajar dalam pembelajaran cw.Terima kasih sudi membaca, tinggal komentar ini jika anda tidak bersetuju dengan saya :) Assalamualikum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.