My Slide Pages

11 Jun 2011

Kitaran Solar : Pengaruhnya terhadap bumi


youtube

Terdapat beberapa perbincangan dan kajian mendalam telah dilakukan terhadap kesan saintifik aktiviti solar matahari kepada permukaan bumi, diantara kesan-kesan secara umumnya ialah :

1. Organisma-Organisma Permukaan Bumi
Kesan kitaran solar terhadap organisma di permukaan bumi ini telah lama dikaji oleh para penyelidik diseluruh dunia. Terdapat dakwaan bahawa ianya mempunyai kesan langsung kepada kesihatan manusia. Diketahui bahawa, jumlah cahaya ultraviolet dengan panjang gelombang 300 nm yang sampai dipermukaan bumi sebenarnya dipecah-pecahkan sebanyak 400% (sepanjang kitaran solar) divariasikan pada seluruh lapisan pelindung ozon. Pada lapisan stratosfera ini, lapisan ozon akan terus dihasilkan melalui pemisahan molekul O2 oleh sinaran ultraviolet. Semasa solar dalam keadaan minimum, penurunan cahaya ultraviolet yang diterima daripada matahari menyebabkan pengurangan penumpuan pada ozon, seterusnya membolehkan ultraviolet mudah untuk menembusi ke permukaan bumi.

2. Komunikasi Radio
Bagi komunikasi radio yang menggunakan medium ruang udara dalam talian penghantaran, ia menggunakan lapisan ionosfera bagi membuat pembiasan gelombang radio. Semasa kitaran solar berada pada keadaan puncak, lapisan ionosfera akan ter'ion' oleh photon-photon daripada solar dan sinar kosmik. Ianya akan mempengaruhi laluan (propagasi) terhadap gelombang radio dalam cara yang kompleks di mana ianya menutup ataupun membuka laluan komunikasi setempat ataupun komunikasi jarak jauh. Dalam keadaan ini, peramalan terhadap propagasi merupakan suatu maklumat penting bagi pengangkutan komersial marin, komunikasi pesawat uadara, stesen radio amatur dan stesen radio broadcast. Di mana pengguna-pengguna tersebut menggunakan jaluran spektrum HF (High Frequency) yang dipengaruhi oleh variasi solar dan lapisan ionosfera. Perubahan yang berlaku pada keluaran solar memberi kesan kepada penggunaan sepenuhnya sesebuah frekuensi dan membataskannya dalam komunikasi radio.

http://www.cwtozone.com

3. Iklim Permukaan Bumi
Kenaikan suhu global baru-baru ini banyak dikesani oleh perubahan solar matahari yang tidak menentu. Secara pengamatan dan pemerhatian, kita dapat lihat kolerasi kitaran kepanjangan tempoh solar matahari terhadap perubahan suhu atmosfera bumi. Dokumentasi awal yang cukup terkenal yang mengkaji perubahan aktiviti solar terhadap suhu ialah Maunder Minimum (juga dikenali sebagai prolonged sunspot minimum) bagi situasi sejuk negara-negara Eropah. Kajian dari Maunder Minimum mencadangkan bahawa bagi setiap 90 tahun yang baru akan menghasilkan pengurangan suhu purata global sekitar 0.3° C yang cukup bagi mengimbangi kenaikan suhu yang membawa kepada pemanasan global.

Rujukan:
  • http://www.newscientist.com/article/mg20527494.700-a-quiet-sun-wont-save-us-from-global-warming.html
  • http://www.solarstorms.org/SClimate.html
  • http://www.medical-hypotheses.com/article/S0306-9877%2807%2900443-4/abstract
  • http://consensus.nih.gov/1989/1989SunUVSkin074html.htm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.