My Slide Pages

28 Jan 2012

First award for my new callsign

The Washington Totem Award itulah nama bagi award yang baru sahaja diterima tengah hari tadi. Award ini merupakan award khas yang dikeluarkan oleh Western Washington DX Club bagi menganugerahkan kepada station yang berjaya menghubungi sejumlah stesen dari kawasan Washingan di U.S. di mana aku berjaya menghubungi sejumlah stesen berkenaan hanya di 28MHz SSB pada tahun yang lalu.

Award di atas ni merupakan award yang percuma dan mudah permohonannya dimana perlu hantar butiran melalui email dan aku orang yang ke 1177 berjaya memperolehinya. Antara stesen dari Malaysia yang pernah memperolehi award ini ialah 9M2LN iaitu N.L Narayana yang memperolehinya pada tahun sekitar 70an, diikuti oleh 9M2GZ iaitu Mr. Grahame R. Parsons pada sekitar tahun 80an dan seterusnya oleh 9M2JJ pada penghujung tahun 90an. Anda boleh lihat butirannya di link ini http://www.wwdxc.org/wwdxc-business/awards/the-washington-totem-award.html.

Info tambahan: Totem adalah merujuk kepada simbol atau lambang yang mewakili sesebuah kumpulan atau puak yang banyak dikaitkan dengan orang dari native amerika dimana simbol atau keturunan native amerika ini boleh ditemui di kawasan Washington U.S.A.

Gambar qsl kad milik mendiang 9M2LN yang dijual di ebay dengan harga 12.50 USD.

Gambar qsl kad milik 9M2GZ. Sumber http://www.qsl.net/jh0alb/9M2_10.HTM


9M2JJ Jaan Jurgenson (1995-1997) beliau yang dari Sweden kini memang callsign SM0OEK. Selain dari beliau 9M2JJ dahulu digunakan oleh John Jallema dari USA.

Gambar 9M2JJ (John Jallema, PhD) yang diambil pada tahun 1963. Beliau kini masih hidup dan menetap di US dengan callsign K1ND. Sumber http://www.qrz.com/db/k1nd. Beliau merupakan salah seorang Peace Corps Volunteer yang bertugas mengajar elektronik di salah sebuah sekolah di Ipoh. Hampir kebanyakkan Peace Corps Volunteer yang bertugas pada waktu ketika itu ialah seorang pengiat radio amatur. Anda dapat lihat disini perkaitan dunia elektronik dan radio amatur. Ada yang mengatakan bahawa golongan Peace Corps Volunteer ini adalah di antara mereka yang memberi pendedahan tentang radio amatur ini di negara kita.


Ini setem tak ada kaitan dengan award diatas. Ini adalah setem lama berkaitan dengan radio amatur dari USA yang dihantar oleh rakan ham dari sana. Banyak setem yang diterima hasil sumbangan rakan2 ham seluruh dunia.


Gambar antena baru :)


Ini pula gambar antena milik seorang 9m2... yang tinggal tak jauh dari rumah mertua di JB. Terjumpa waktu jalan2 masa tahun baru cina aritu. Selamat Tahun Baru Cina untuk semua rakan2 radio amatur yang meraikannya. :) de 9m2esm


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.