My Slide Pages

27 Feb 2012

YB6 Medan

24/02/2012

Penerbangan ke Medan bermula jam 8.45 pagi menaiki Air Asia mengambil masa kurang dari sejam untuk sampai ke Medan. Duit rupiah semua ditukar terlebih awal. Sesudah sampai ke Medan saya disambut oleh YC6PUP Pak Rizal bersama anak saudara beliau iaitu Roni dan saya dikenalkan oleh supir iaitu pemandu yang membawa kami berjalan di Medan iaitu Ayub yang berketurunan India muslim. Lokasi perjalanan kami adalah terus menuju ke Klinik 24 Jam berdekatan dengan Hotel Garuda Citra disebabkan harmonic Izz Irfan demam panas, terus dikenakan 350 000 rupiah hehe. Rupanya saya dimaklumkan oleh Pak Rizal senarai ubat boleh dibeli dari farmasi yang lain dari klinik berkenaan. Kalau di Malaysia ubat wajib dibeli dari klinik yang disinggahi. Perjalanan kami terus menuju ke Prapat dalam jam 10.00 am waktu Medan yang melintasi beberapa daerah-daerah utama berdekatan dengan Kota Medan.


Bergambar bersama Pak Rizal di Klinik 24 jam

Dalam perjalanan ke Prapat kami sekeluarga singgah untuk makan tengah hari di Restoran Padang dengan kos keseluruhan 200 000 rupiah. Cara makan direstoran di Medan agak berlainan kerena tanpa mintak order, makanan sampai dihidang .. nak tak nak makan aje la dan apalagi bayarlah semuanya ehehe. Kami solat jumaat di Masjid sebelum menuju ke Tebing Tinggi. Cara khutbah jumaat hampir serupa. Saya diberitahu oleh Ayub bahawa di Indonesia masih terdapat orang islam yang mengikuti sesetangah tarikat2 yang bertentangan dengan islam. Perjalanan kami agak perlahan, dengan kelajuan purata 60 km/j. Di sini keseluruhan kereta bergerak perlahan, jalan raya tidak luas hampir seperti jalan2 di Malaysia pada era 80an. Tidak banyak kereta compac atau kenderaan biasa dijumpai, rata2 adalah berbentuk MPV dan beca motor. Terdapat lebih raya kecil yang tidak jauh penjalanannya dengan kos 2000 rupiah. Penguatkuasaan jalan raya masih lemah, ramai anak2 muda tidak memakai helmet dan tidak mempunyai lesen serta memandu ditengah jalan yang menyebabkan aliran kenderaan berjalan dengan perlahan. Di Tebing Tinggi terkenal dengan lemang buatan tempatan yang enak yang boleh dilihat banyak dijual ditepi jalan. Sebelum sampai ke Prapat, akan menjumpai daerah Siantar, daerah ini majoriti terdiri daripada orang batak yang beragama kristian. Pekan siantar banyak dengan jualan2 produk tempatan yang agak terkenal di Medan.


Bertemu Pak Rohiman yang juga seorang amatir di kawasan Prapat


Gambar kain ulos yang dibeli. Kain pakaian rasmi masyarakat perempuan batak

Perjalanan kami akhirnya sampai ke Prapat dalam jam 5 petang ke Prapat terus menuju ke Hotel Singgalang kepunyaan YB6HJE milik Pak Deny yang mengambil masa hampir 7 jam. Bayangkan jarak perjalanan sejauh hampir 200+ km yang mengambil masa yang lama. Kebetulan Pak Deny diluar kota dan kami disambut oleh rakan Orari YC6RKR Pak Rohiman. Layanan kami dihotel disambut oleh Om Darwin yang merupakan adik kepada Pak Denny. Menurut Pak Rohiman di Prapat tidak banyak ahli radio amatur disana. Cuaca di Prapat cukup dingin dan sejuk seperti di Cameron Highland. Hampir ke semua tempat seperti hotel, restoran, masjid dan kedai2 biasa tidak terdapat kipas angin. Waktu malam kami menjamu selera di Restoran Minang. Kemudian kami menziarahi ke rumah Pak Rohiman sambil melihat suasana dipersekitaran Prapat yang berada di pinggir Danau Toba. Waktu malam sempat berjalan-jalan dipersekitaran sambil melihat harga2 barang keperluan di sana. Hampir kebanyakkan harga keperluan adalah sama seperti di Malaysia dan sempat membeli kain ulos iaitu kain tradisi masyarakat batak toba. Di sebelah malam sebelum tidur sempat berborak2 dengan Ayub dan banyak benda disembang dengan beliau terutama isu korupsi di Indonesia. Hampir keseluruhan berita dan akhbar mesti menceritakan isu korupsi di Indonesia. Waktu tengah malam, tiba2 panas badan harmonic meningkat sampai menggigil, apa lagi terus cari kedai dan farmasi. Nasib baik ada farmasi yang buka, bila ditanyakan tentang klinik pemerintah terus dibilang banyak yang ada kurang berfungsi.


Gambar antena milik Pak Deny dibelakang Hotel Singgalang


Gambar tasik ditepian jeti dan kedai cenderamata di Prapat

25/02/2012

Pagi jam 5 sudah bangun, air cukup sejuk pada belah pagi. Kami bersarapan dengan biskut dan air milo yang dibeli semalam. Perjalanan kami bermula dengan melawat persekitaran danau toba. Sempat kami membeli barangan dari sana. Kami tak dapat ke pulau samosa atau tomok disebabkan masa yang ada terlalu singkat. Perjalanan kami terus ke Brastagi. Perjalanan kami menyusuri tepian danau toba, dapat kelihatan pohon-pohon durian di tepian jalan. Sempat kami bergambar ditepian danau toba yang cantik pemandangannya. Jalan amat sunyi dan tak banyak kenderaan ditambah dengan jalan yang kecil dan rosak. Terdapat beberapa daerah kecil yang kami lewati yang kebanyakkannya beragama kristian. Menurut om Ayub hampir kebanyakkan masyarakat batak toba adalah beragama kristian begitu juga dengan batak karo yang majoriti duduk di Brastagi. Hampir kebanyakkan masyarakat di daerah2 kecil yang kami lewati mengusahakan tanaman seperti buah2an, sayuran dan kopi. Ada yang menanam padi bukit. Tanah disana cukup subur. Sayuran2 cukup besar dan segar. Ayub memberitahu jika ada kenderaan yang terlanggar binatang peliharaan orang kampung, maka bayaran yang tinggi perlu dikenakan oleh pemandu berkenaan, suasana yang berlainan di Malaysia.


Gambar pemandangan tasik diatas bukit

Perjalanan kami yang hampir 5-6 jam akhirnya sampai ke Brastagi, kami singgah di sebuah pasar yang menjual buahan. Macam buah2an hasil tanaman di Brastagi seperti strawberi, limau, salak, durian dan lain-lain lagi. Durian medan agak berlainan dari durian di Malaysia, warna kulit luar hijau cair .. macam warna durian dah lama then rasa isi dalam manis pahit memang lain dari yang di Malaysia. Kami beli banyak juga buah2an di Brastagi. Cuaca di Brastagi cukup dingin. Kami terus menuju ke Kota Medan dan sampai ke Kota Medan dalam jam 4 petang waktu Medan. Di sana kami makan bakso masakan medan yang cukup enak. Kami sekeluarga menginap di Hotel Garuda Citra. Hotel yang agak murah bawak RM100 semalam. Sebelah malam kami dilawati oleh Pak Rizal bersama isteri Ibu Elvi, dengan hasrat membawa kami makan malam, tetapi disebabkan irfan demam panas terpaksa dibatalkan terus kami dibawa oleh Pak Rizal berjumpa dengan abang beliau yang merupakan doktor pakar kanak-kanak yang juga seorang professor di universiti. Dalam perjalanan pulang kami melihat suasana kota Medan dan sempat membeli Bantret air teh susu halia yang sedap rasanya. Saya sempat berjalan2 bersendirian berhampiran hotel melihat suasana di kota Medan.


Gambar medan jual barangan dan buahan di Brastagi


Gambar durian Medan


Masjid jamek di Brastagi tidak mempunyai kipas

26/02/2012

Pada pagi ahad, kami bersarapan di hotel. Syukur suhu badan harmonic sudah reda. Hotel kami tidak jauh dengan istana Maimun dan Masjid lama Medan. Kami telah merancang untuk berpisah dengan dua kumpulan. Saya dan Pak Rizal serta Ibu Elvi bersama isteri dan keluarga saya yang lain. XYL ditemani Ibu Elvi untuk membeli belah di pasar ikan dan saya mengikut Pak Rizal ronda-ronda disekeliling kota. Destinasi kami yang pertama ialah di rumah Pak Rizal. Rumah beliau merupakan rumah tinggalan sejarah di Medan. Saya sempat menggunakan kelengkapan radio amatur Pak Rizal untuk berhubung dengan rakan2 dari Malaysia di 40m dan berjumpa dengan 9M2RS, 9M2AU, 9M2VOT dan 9M2NAM.


Award milik Pak Rizal yang banyak di shack beliau


Gambar Hotel Garuda Plaza yang kami menginap

Destinasi saya seterusnya ialah ke Majlis Persandingan k696eluarga rakan amatur di Medan yang dilangsungkan di Hotel Garuda Plaza. Majlis yang meriah dan sempat saya melihat cara persandingan mewah budaya minang. Dalam majlis berkenaan saya berjumpa dengan ramai rakan amatur termasuklah Pak Zahrin YC6LBH yang merupakan ketua Orari di Medan. Seterunsya kami ke rumah Atok Anas YC6MAN sempena majlis menyambut kelahiran cucu beliau. Suasana disana cukup meriah, ramai rakan2 amatur hadir dengan jamuan makanan tempatan yang cukup sedap seperti kuih muih tempatan dan sate padang serta lain-lain lagi. Selepas asar saya menuju ke Istana Maimun dan membeli cenderahati disana dan terus ke hotel penginapan. Kami sempat membeli pakaian-pakaian, bolu meranti, bika ambon dan lain-lain lagi. Pada sebelah malam kami menyewa beca (bermotor) sambil berjalan2 keliling medan sambil berborak. Kota Medan bandar yang besar tapi sayang peraturan jalan masih kurang memuaskan.


Majlis persandingan budaya minang yang dilawati


Orang Medan memang pandai menari. Gambar di majlis rumah tok Anas. Gambar Tok Anas dan Pak Zahrin yang sedang gembira :) dengan nyayian aku bersama lagu SM Salim

27/02/2012

Seawal jam 4 pagi kami telah bangun dan bersiap2 untuk ke Medan. Hati-hati ketika di Medan banyak orang tempatan mengambil kesempatan kepada pelancong. Itu yang tidak sedap. Apepun setibanya ke LCCT kami bersyukur dengan pengalaman yang kami dapat. Malaysia tempat yang aman dengan pelbagai nikmat yang kita kecapi serta kemudahan2 yang lebih baik. De 9M2ESM.


Antara makanan Medan yang dibeli. Cukup enak.

Gambar bersama beca sewaktu ronda2 sekitar Medan

9 Feb 2012

Award from Thailand

Award yang ditunggu akhirnya sampai. Risau juga sebab takut surat permohonan yang dihantar dihanyutkan banjir besar yang melanda Thailand tak lama dulu. Satu lagi koleksi bagi callsign lama iaitu sewaktu menggunakan 9W2ESM.

Alamat bagi permohonan award ini. Sila rujuk http://www.hs1ngr.net/langsaun_56_dxer_program.htm

Hari yang sama juga sampai beberapa kad qsl tapi yang ni agak special sikit sebab dihantar oleh swl dari Taiwan hasil qso bersama bang Nasir iaitu 9M2ME/P. De 9M2ESM

6 Feb 2012

6 in Asia for CQ WPX

Syukur ke hadrat ilahi, nampaknya kali-2 menerima sijil dari contest cq wpx. Wpx merujuk kepada world prefix, diluar sana banyak prefix aneh di mana terdapat penjejak atau chaser bagi prefix-prefix aneh ni terutama kalau ianya diwujudkan bagi memperingati sesuatu peristiwa dan sebagainya. Siapa kata 9W2 ini kena duduk takat tuu jaa ...

Sejak pertandingan ini diwujudkan puluhan tahun dulu, ada lima individu 9W2 telah menempa nama sebagai peserta. Tahniah kepada mereka semua sumber http://www.cqwpx.com. 9W2DRL adalah individu 9w2 pertama yang membawa flag Malaysia di 10m kini beliau sudah 9M2DRL. Sebut pasal 9M ni, iklan cw exam sudah pun keluar, ayuh kita langkah setapak lagi ke hadapan. Aku teringat pesan orang dulu-dulu, jangan pergi sekolah ingeris nanti anak jadi agama lain - sama lah seperti jangan amik cw ianya hanya untuk orang yg pandai serba serbi juga orang tua. De 9M2ESM