My Slide Pages

12 Mac 2012

New Award From Mexico

Hasil komunikasi bersama dengan stesen dari negara Mexico tahun lepas sewaktu 10m band membuka tidak disia-siakan apabila aku telah berjaya dianugerahkan suatu award khas dari negara Mexico iaitu DXXE Award. DXXE merupakan singkatan kepada kumpulan peminat komunikasi DX dari kawasan XE iaitu Mexico. Award ini ada banyak peringkat, sebagai contohnya untuk tahap intermediate anda perlu berhubungi dengan 6 stesen Mexico yang juga merupakan ahli DXXE. Ya.. tak semua stesen Mexico ahli DXXE .. itulah cabarannya. Kos adalah 10 USD dan anda boleh bayar guna pay pal serta permohonan boleh menggunakan email. Sila lihat http://www.dxxe.org/index6.html untuk keterangan lanjut.

Kad ni special sket sebab ianya dari Costa Rica TI5N, kalau fikir balik macam mustahil boleh berhubung dengan Costa Rica terutamanya di 10m.

Kad SWL dari Itali. Beliau merupakan ahli CB, so jangan perkecilkan ahli CB. Kita mempunyai minat yang hampir sama.

Lawatan dari Zaki 9M2ZAK pada 7 Mac 2012, rakan-rakan kawasan Ledang sedang berguru CW dengan Zaki :)

Ini duit Ahmad Albab yang punya hahaha... hasil penerimaan bersama qsl disimpan dari mula menggunakan 9M.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.