My Slide Pages

28 Mac 2012

Receiving QSL Cards from MARTS Bureau (Buro)

Pada hari ini iaitu 28 Mac 2012, aku telah menerima sekotak kad qsl yang terkumpul di Marts Buro yang dikumpul oleh Mr Thiam 9M2CJ dan diberikan kepada 9W2TPT yang telah saya rancang untuk berjumpa dan mengambilnya di SKMM Cyberjaya selepas Ujian CW berlangsung. Terima kasih Thiam & terima kasih Pak Hamid. Memang banyak! Jenuh nak membalasnya. Menjadi tanggungjawab seorang pengiat radio amatur untuk membalasnya. Mereka semua mengharapkan balasan kad qsl daripada saya, ada yang mengatakan saya stesen Malaysia pertama beliau di radio.

Buro merupakan salah satu kaedah dalam mengirim mahupun membalas kad qsl dengan cara yang murah. Untuk itu, menjadi suatu kefahaman umum bahawa seharusnya orang seperti saya ini berdaftar dengan Marts bagi menyokong perkhidmatan buro yang dikelolakan oleh Marts. Dalam dunia radio amatur, hampir keseluruhan negara mempunyai perkhidmatan Buro yang hanya dikendalikan oleh suatu badan persatuan radio di negara berkenaan yang sudah diketahui umum diseluruh dunia radio amatur dan di Malaysia ianya adalah Marts. Jadi bagaimana stesen diluar sana mengetahui saya juga menggunakan Buro ? lihat http://www.qrz.com/db/9m2esm ianya boleh dimaklumkan dengan merujuk laman sawang di atas. Ada juga yang memaklumkan terus semasa ber'qso' dan mungkin juga ada cara lain yang saya tidak ketahui.

Apepun sekalung tahniah kepada 12 calon yang lulus dalam ujian penerimaan dan berjaya dalam menghantar kod berkenaan pada peperiksaaan kali ini termasuk rakan radio amatur di 10m band yang dulu kerap saya jumpa di frekuansi iaitu Clare 9W6CMS dan Alpha 9W8ALF, tahniah juga untuk Hamid 9W2TPT yang juga pernah saya hubungi di 10m. Selain itu tahniah juga kepada 9W2CWL dari Melaka yang berjaya, rasanya beliau ialah anak didik our late 9M2WT yang pertama lulus CW.

Dilaporkan ramai rakan 9M2 yang hadir memberi sokongan. Gambar di atas ialah 9M2XRO Pak Samsudin yang juga merupakan guru CW yang mengajar di Wave Communication yang melahirkan ramai 9M2. Terbaru 5 dari 8 pelajar beliau telah lulus.

Gambar Pak Rashad 9M2VOT yang juga guru CW bersama rakan amatur yang mengambil peperiksaan CW. Beliau hadir membawa calon dari Terengganu dan lulus, tahniah. Kaedah belajar CW beliau bagi saya cukup berkesan.

Gambar Aimil 9M2AUR (antara guru CW) bersama Pak Nordin 9M2NM. Kali pertama jumpa Pak Nordin ni. Antara rakan 9M yang sempat saya jumpa ialah 9M2AIR, 9M2AIS, 9M2BAL, 9M2AVB, 9M2VOT, 9M2NDO, 9M2AU, 9M2NZ, 9M6CED, 9M8WAT, 9M2RJ, 9M2NDO, 9M2AGC, 9M2XRO, 9M2PJU, 9M2RT, 9M2MRL dan 9M2USB.

Helaian muka surat kedua keputusan

Helaian muka surat pertama keputusan

Kad qsl yang telah diterima telah berjaya disusun. Dalam 40 DXCC yang diterima. Kad dari negara Jerman adalah antara yang terbanyak, diikuti dari Jepun dan seterusnya Itali. Saya dapat perhatikan majoriti ham dari Jerman memang mengamalkan penghantaran kad menggunakan Buro kerana ianya jauh lebih murah.

Selain daripada kad-kad di atas, terselit juga sedikit kad qsl kepunyaan rakan-rakan lain :)

Dalam banyak-banyak kad, terdapat swl kad dari negara Latvia, beliau merupakan SWL sejak tahun 1958. Hebat! SWL ialah Short Wave Listener yang merupakan hobi mendengar stesen-stesen shortwave di HF band. Istilah SWL jangan sekali-kali digunakan bagi merujuk orang yang selain pememang lesen radio amatur. Lain tu maksudnya :)

Ini pula kad swl dari negara Poland.

Ini diantara kad qsl yang diterima dengan kata-kata yang cukup memberi kepuasan dalam hobi ini.
De 9M2ESM

2 ulasan:

  1. Tahniah atas kiriman qsl dari biro...dapat eyeball qso bersama dengan anda di Cyberjaya tempoh hari.

    BalasPadam
  2. Terima kasih iqbal, habis dah kad nak balas .. kena order lagi ni ..

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.