My Slide Pages

22 Ogo 2012

Eqsl Collection from 9M Land

Disini di paparkan beberapa koleksi simpanan eqsl saya yang diperolehi daripada rakan2 radio amatur di semenanjung serta Sabah dan Sarawak. Memang menarik dan ianya lebih menarik disebabkan ianya percuma tanpa menggunakan kos yang tinggi.

Tidak semua ham diseluruh dunia menggunakan kaedah tradisional dalam pengesahan dalam komunikasi melalui radio amatur. Ada juga yang hanya menggunakan hanya perkhidmatan eqsl sebagai salah satu cara pengesahan dalam komunikasi. Jadi, sudah tak ada alasan yang mengatakan bahawa tak nak berkomunikasi di HF disebabkan kos yang tinggi dalam penghantaran kad. Kita juga boleh memberikan info cara qsl kita melalui paparan qrz.com (atau mana-mana data base web) atau memaklumkan semasa komunikasi sama ada menerima qsl kad secara eQsl atau secara terus atau bureau atau sebaliknya.

Walaupun ada yang tidak setuju dengan cara moden ini tetapi kita juga tidak boleh lari dengan perkembangan era dunia it yang kini menguasai setiap bidang. Setiap orang ada pendapat dan kita mesti hormat pendapat seseorang walaupun mungkin berlainan daripada kita. Radio amatur juga adalah berkaitan dengan 'respect'.

Dalam rekod terkini di eqsl.cc, disenaraikan bilangan station dari Malaysia yang berstatus AG:
- 9M2 - 18 orang
- 9M4 - 3 station
- 9M6 - 4 orang
- 9M8 - 2 orang
- 9W2 - 20 orang
- 9W6 - 3 orang















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.