My Slide Pages

11 Okt 2012

WAJA Award 10m SSB

Ya! bukan proton Waja, tapi WAJA award. Ingat mudah ker? hehehe. Mudah kalau bersungguh. Nampaknya aku orang yang ke 2000+ yang menerima award ni termasuk stesen-stesen dari Jepun dan DX di luar sana. Agar sukar kerana pertama; ianya memerlukan sejumlah IRC sebagai kos fee (yuran) award. Yaa IRC iaitu International Reply Coupon. Kedua; agak sukar untuk berhubung dengan beberapa prefecture dari Jepun ini. Prefecture ni kalau dalam situasai di Malaysia macam daerah besar la. Ya daerah bukan negeri. Total prefecture ialah 47 kesemuanya dan kawasan yang paling sukar ialah Tokushima .. kemudian Minamitori Island.

Ini pula ialah keputusan hasil radio contest untuk SP DX Contest 2012. Nampaknya ada 3 wakil dari West Malaysia .. dan kesemua dapat sorang satu. 

Inilah gambaran hobi baru ku, cantikkan? ianya ada seni dan melibatkan teknik dan patience juga. Macam main radio leh ketagih :) Still Exclusive Hobby. Adakah radio amatur boleh di anggap Exclusive Hobby? Jumpa lagi 73

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.