My Slide Pages

9 Apr 2013

Campaign: Let's reply the Qsl card

Salam hormat. Tidak semua orang tahu bahawa kad qsl mempunyai nilai sejarahnya tersendiri dan ramai pengemar-pengemar kad serta poskad yang menyimpannya. Lihat sahaja di ebay banyak qsl card lama dari tanah melayu yang dijual dengan harga yang lumayan dan ada pembelinya. Qsl kad merupakan salah satu cara di mana setiap stesen yang berhubung mengesahkan komunikasi yang telah dilakukan. Banyak informasi yang anda dapat lihat pada setiap Qsl kad terutama kelengkapan alatan komunikasi yang digunakan.  Terdapat ramai pemburu Qsl kad di luar sana. Jangan hampakan mereka, ada di antaranya memerlukan kad kita bagi memohon award dan DXCC. Jadi Mari kita mulakan membalas Qsl kad yang telah diterima.



Gambar saya perolehi daripada ebay yang ketika ini kad-kad berkenaan sedang dilelong.

Kini Qsl kad boleh direka dengan pelbagai kreativiti. Terdapat stesen yang meletakkan gambar shack, antena, gambar sendiri (jika yang hensem dan macho), gambar persekitaran dan terdapat juga gambar yang melambangkan keunikan tempat mereka yang secara tidak langsung mempromosikan pelancongan kepada stesen DX luar. Saya pernah menerima email oleh stesen luar yang sukakan gambar kebudayaan tempatan yang ditunjukkan dalam Qsl kad edisi pertama saya. 

Ada yang mengeluh apabila berkerja di DX,  mereka bakal berhadapan dengan cabaran membalas Qsl kad. Kos qsl kad sebenarnya bergantung kepada perekanya, jika mahukan yang murah terdapat pelbagai cara. Apa yang perlu diamalkan ialah semangat ham radio di mana kita harus fikirkan kos qsl kad yang telah digunakan oleh pengirim. Kos pos luar negara sebenarnya lebih mahal di Malaysia. Oleh itu apa salahnya jika membalasnya. Jika terlalu banyak anda boleh gunakan khidmat BURO atau Qsl Manager. 

Cikgu Arie 9W2VVH kini popular dengan hobi kumpul poskad :) hebat!

Kini Qsl bukanlah hanya satu cara dalam mengesahkan komunikasi di antara sesebuah stesen. IT telah mengambil tempat dengan mengenalkan pelbagai software pengganti qsl kad antaranya LOTW and eQSL. Cikgu Rahman 9M2AR antara stesen Malaysia yang menghasilkan database Qsl kad secara online (lihat ini). Tepuk dada tanya selera. Selamat enjoy dalam hobi ini. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.