My Slide Pages

22 Jul 2015

Dr Lee, 9M2GA

Pada hari raya ke-5 aidilfitri tahun ini, saya telah berkesempatan menemui Dr Lee 9M2GA pertama kali di kediaman beliau Jalan Mariam, Muar iaitu secara kebetulan selepas menziarahi Pak Kamal 9M2FX di QTH beliau Jalan Abdul Rahman, Muar. Sepanjang saya menceburi hobi radio amatur ini kali pertama saya menemui beliau walaupun tinggal sama daerah.

Saya amat berbesar hati jumpa beliau memandangkan beliau orang lama dalam dunia amatur radio dan QTH beliau di Muar. Di Muar hanya tinggal tiga ham orang lama sahaja yang masih boleh ditemui (dua alphabet suffix) iaitu 9M2FX, 9M2GA dan 9M2DA. Selain itu, terdapat beberapa ham lama pernah menjadikan Muar sebagai ham base mereka iaitu 9M2JB (EX-VS3AB s.k), 9M2TR (s.k), 9M2GV (s.k), 9M2DW (s.k) dan 9M2WJ. Walaupun pertemuan ini singkat ianya cukup bermakna bagi saya. Menurut Dr Lee, beliau memperolehi lesen pada 1958 dan guru ham beliau ialah Dato Tan 9M2DW (s.k.). Beliau kini yang berusia 88 tahun mempunyai dua kereta lama yang mempunyai nombor flat 88. Beliau juga mempunyai pelbagai hobi-hobi lain selain radio amatur. Beliau yang masih sihat masih lagi berkhidmat sebagai seorang doktor perubatan di klinik swasta di bandar Muar. Kini radio HF beliau sudah tidak lagi boleh berfungsi sepenuhnya walaupun antena HF mosley beliau masih kukuh di atas tower rumahnya. Ramai rakan-rakan ham rapat dengan beliau telahpun silent key katanya seperti 9M2FS dll. Beliau cukup ramah dan mengajak saya bersama Pak Kamal untuk ke rumah beliau bila kelapangan. Sekian.


9M2GA Smile




15 Jul 2015

Charles W. Randall - VS3AB

Charles W. Randall atau daripada sumber yang lain (web MARTS) namanya ditulis A. N. Randall atau berdasarkan kad QSL yang dirujuk dari web http://lesnouvellesdx.free.fr/ nama beliau dieja sebagai Chas W. Randall merupakan seorang pengiat radio amatur yang terawal di Malaysia. Callsign beliau ialah VS3AB. Victor Sierra Three Alpha Bravo.

Apa yang menarik dan tidak keterlaluan yang boleh saya katakan, beliau merupakan pemegang lesen radio amatur yang terawal dari negeri Johor, barang kali yang pertama di negeri Johor. Beliau yang dilahirkan pada tahun 1885 merupakan seorang warga British yang berkhidmat di tanah Melayu. Berdasarkan penyelidikan awal saya, berikut adalah turutan 7 callsign terawal (mungkin dikeluarkan secara turutan secara suffix AA, AB, AC, AD, AE, AF dan AG) yang digunakan di semenanjung tanah Melayu pada ketika itu berdasarkan tahun-tahun mereka aktif dan dapat direkodkan iaitu;
  • VS1AA/VS2AA Jim Macintosh.
    • Merupakan penyumbang kepada rekabentuk antena windom.
    • Juga pernah menggunakan VS2AF.
  • VS3AB Charles W. Randall (silent key November 1930).
    • VS1AB Sir R. E. Earl (Earle/Early) (dari 1932-1934).
    • VS2AB ke udara sejauh 10 batu bersama VS2AF di 56MHz pada 1932).
  • VS2AC/VS3AC T. G. Laver.
    • Seorang pengurus ladang getah di Johor Bahru.
    • Ahli seumur hidup South London Transmitting Society.
    • VS2AC juga pernah digunakan oleh Mr. Wylde dari Post and Telegraph Department of Malaya pada 1936.
  • VS1AD E. C. Yates.
    • An Australian Radio Engineer 1930s.
    • Pada 20 Jun 1934, akbar dari Ipoh telah menemuramah E. C. Yates dan beliau memberitahu bahawa A.L. Birch, Chief Electrical Engineer dari Johor merupakan individu yang bertanggungjawab membawa radio ke semenanjung Tanah Melayu pada 1921.
  • VS3AE Tunku Temenggung Ahmad Ibni Sultan Ibrahim
    • VS1AE (dicatat di majalah Radio January 1940 No.245).
    • VS2AE R.O. Williams (sekitar tahun 1938)
  • VS2AF G. M. Salt,
    • Pengurus Glenmarie Estate, Batu Tiga, Selangor.
  • VS2AG Reginald J. Bee.
    • Bertugas di Public Works Department, Kuala Kangsar, Perak.
Mereka merupakan pelopor dan penguji siaran radio AM broadcast sebelum dapat digunakan secara khusus di tanah Melayu pada ketika itu. Bagi yang tidak mengetahui, prefix callsign yang digunakan di tanah Melayu sebelum perang dunia ke-2 ini dibahagikan mengikut kawasan iaitu, VS1 - Negeri-negeri Selat, VS2 - Negeri-negeri Melayu Bersekutu, VS3 - Negeri-negeri Melayu Tak Bersekutu manakala Sawarak menggunakan VS4, North Borneo (Sabah) menggunakan ZC5.

Stesen radio amatur VS3AB adalah terletak di Amber Estate Johore (Johor Bahru) di mana beliau bertugas sebagai pengurus di ladang berkenaan. Tidak banyak maklumat diperolehi berkaitan dengan Amber Estate (Ladang Amber) ini kerana ladang ini wujud sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Beliau juga pemegang Award (anugerah) WAC (Worked All Continent) yang pertama di Tanah Melayu (kini Malaysia) dari ARRL menurut sumbar web MARTS.

Kad QSL milik Charles W. Randall hasil QSO pada tahun 1927 yang disimpan oleh VK3PJB, Callsign yang beliau gunakan ialah 3AB (mungkin JM3AB atau AM3AB). 
Sumber : http://hamgallery.com/qsl/deleted/Malaya/3ab.htm. 

Kad QSL milik VS3AB Chas W. Randall atau ex JM3AB bertarikh 26 Feb 1929. 
Sumber : http://lesnouvellesdx.free.fr/.

Berdasarkan kad QSL ini, berikut adalah perkakasan utama yang digunakan oleh beliau sewaktu berhubung menggunakan radio amatur. 

Receiver (penerima) - Reinartz One Step Audio.
Sumber : http://w2pa.net/HRH/spark-to-cw/.

Transmitter (penghantar) : Hatley Ckt. Tube
Sumber : http://home.comcast.net/~nwilson343/1924.htm.

Radio yang digunakan oleh Charles W. Randall merupakan radio yang dibeli dari pemilik iaitu orang yang pertama membawa trasmitter (penghantar) ke tanah Melayu.
Sumber : The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser, 14 June 1934.

Keratan akbar lama menunjukkan Amber Estate terletak berhampiran dengan Senai dan kerap berlaku kegiatan jenayah. Sumber : The Courier-Mail (Brisbane, Qld) Friday 27 August 1948.

VS3AB juga cukup rapat dengan kerabat diraja Johor dan pernah menjadi wakil khas bagi The Royal Colonial Institute (kini dipanggil sebagai Royal Commonwealth Society) dari kerajaan British untuk negeri Melaka bagi isu-isu pendidikan dan rangkaian pada tahun 1919.

Sumber : The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser, 28 April 1919.

Pada usia 45 tahun iaitu pada tahun 1930, VS3AB telah dijumpai mati dengan kesan tembakan di kepala beliau berserta sepucuk pistol berhampiran dengannya. Beberapa akhbar tempatan dari Singapura telah melaporkan tentang peristiwa ini. 

Selain kerabat diraja Johor, turut dilaporkan R. E Earle VS1AB hadir diupacara pengkebumian beliau.  Sumber :  The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser, 14 November 1930.

Sumber : The Straits Times, 13 November 1930.