My Slide Pages

2 Nov 2015

#IMDX 2015. A Malaysian DX'er Gathering Event 2015


Pada 12hb September 2015 yang lalu, telah berlangsungnya IMDX atau Inaugural Malaysia DXers Weekend 2015 yang berlangsung di Port Dickson, Negeri Sembilan. Program ini dianjurkan oleh satu kumpulan ham radio dipanggil AMRAN atau Angkatan Muda Radio Amatur Negara. 

Gambar diatas diedit dari sumber http://imdx2015.blogspot.my/


MDXC di IMDX 2015

Kalau ikut pada jadual program ianya bermula pada 11hb September, disebabkan ada tugasan luar saya hanya sampai ke lokasi pada 12hb September dan pulang pada keesokan harinya. Pada sesi pagi, program bermula pada lebih kurang jam 10.30 pagi dimulai dengan ucapan pembukaan oleh 9M2IR iaitu Marts President. Kemudian beberapa sesi penyampaian sijil dilakukan pada sukarelawan untuk program-program yang lepas. Kemudian sesi pembentangan dimulakan sehingga waktu petang. Disamping sesi pembentangan terdapat booth jualan dan pemeran diadakan terdiri daripada pihak Tacticom oleh 9M2ZC, Flea Market oleh team 9M2RZL, team pengakap Sungai Besar oleh 9W2VVH dan sesi jualan dan komunikasi di HF dari KLDX oleh 9M2OOO bersama 9M2PJU. Anda boleh open link blog ini untuk kisah selanjutnya - 9W2DYABagi saya ramai DXer yang hadir pada program ini dari pelbagai negeri termasuk dari Perlis dan Kelantan. Ada yang saya kenal dan majoriti tidak saya kenali dan alhamdulillah dapat mengeratkan silaturahim bersama. Buat pertama kali saya dapat bersalaman dan berjumpa dengan 9M2ART, 9M2CIO dan 9M2LMF.

Pada malam hari, sesi cabutan bertuah dijalankan bersama makan malam bersama 2 ekor kambing bakar yang disediakan. Selain itu aktiviti pertandingan penerimaan kod morse dijalankan dan dimenangi oleh rakan dari KL. Hadiah khas berbantuk balun sumbangan 9M2RMT diberikan kepada 9W2BUG kerana memeriahkan hashtag imdx (#imdx) di FB. Cabutan bertuah khas berbentuk antena VHF dan 10m HF telah diperolehi oleh 9W2VVH dan 9W2FNN. Pagi sesi lewat pagi kelihatan 9W2VVH menyertai pertandingan radio contest di booth KLDX. Tahniah buat penganjur terutama Rabin 9W2PD selaku tuan rumah. Mudah-mudahan ianya memberi manfaat pada semua. Mungkin akan datang sesi suai kenal sesama DXer secara dua hala dan berkumpulan boleh dilakukan bersama bengkel-bengkel berkaitan dengan pengurusan aktiviti-aktiviti DXing. Thumb up! Great Event! first ever event for DXer gathering. Sekian dahulu 73.

**Gambar dibawah diambil dari FB #AMRAN atas sumbangan ihsan 9W2BUG.






























Journey to ARRL FCC Exam : Part 1

Pada 14hb November ini akan diakan peperiksaan ARRL FCC Exam yang akan berlangsung di Arau Perlis. Pasukan VE dari Thailand akan turun mengadakan peperiksaan diketuai oleh Champ E21EIC dan dibantu oleh 9M2GET selaku tuan rumah. Berikut adalah beberapa slide soalan yang saya rasakan menarik untuk dikongsikan bersama semasa saya menjawap soalan latihan persediaan secara online di internet.